Sunday, August 29, 2010

MINGGU 7:JURNAL RELEKSI

Pada minggu ini terdapat dua kumpulan telah membuat perbentangan mengenai sejarah muzik tradisional Malaysia dan zikir. kumpulan pertama telah membentangkan mengenai sejarah tradisional malaysia, dan kumpulan kedua pula telah membentangkan tentang zikir. Secara langsung saya dapat memahami asal usul muzik tradisonal dan juga zikir ini.

Sejarah Muzik Tradisional Malaysia

Sejarah muzik tradisional Malaysia merangkumi tiga aspek perkembangan iaitu pengaruh Barat, Timur Tengah iaitu China dan India serta dunia melayu lama meliputi indonesia,Thailand dan lain-lain. Menerusi  pergerakan manusia dan sosiobudaya pula, pengaruh muzik tradisional dikatakan bermula sejak zaman melayu proto dan melayu Deutro yang bermula dari benua asia ke kepulauan pasifik serta mempengaruhi kepercayaan dan agama membangunkan semangat ritual dan permain. Antara alat muzik yang telah wujud pada zaman ini ialah seruling. orang-orang primitif  homo saphines telah menghasilkan seruling ini dengan tulang-tulang binatang dan mempunyai lubang-lubang jari.selain itu, terdapat beberapa pengaruh yang telah meresap masuk kedalam budaya temapatan Asia Tenggara seperti India,China, dan Timur Tengah. masing-masing mempunyai faktor menolakan yang tersendiri seperti faktor menyebaran agama serta pengaruh islam. sebagai contoh, faktor menolakan di negeri china adalah akibat berlakunya kekacauan di Asia Tengah,manakala di India pula akibat empayar rom telah menghentikan bekalan emas. Pada kurun ke-14 terdapat juga pengaruh daripada Eropah. di Eropah terdapat 3 pengaruh iaitu Portugis,Belanda, dan Inggeris. pelbagai sejarah, dan kebudayaan yang  serta alat muzik yang dimainkan pada zaman ini. identiti muzik melayu dapat dibezakan melalui pemahaman sejarah dan  jenis alat muzik yang dimainkan.

Zikir

Zikir dikatakan bermula seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke-7 masihi dan ketika itu zikir diamalkan sebagai panduan dan amalan untuk menuju ke jalan Allah. Tetapi amalan zikir pada zaman ini dilihat meluas bukan sahaja sebagai bacaan selepas solat tetapi ia juga digunakan dalam beberapa upacara seperti di dalam majlis tahlil, majlis khatam al-Quran dan majlis rasmi. zikir juga telah digunakan  di dalam pelbagai upacara-upacara yang telah di tetapkan menerusi perkembangan arus permodenan ini...

kesimpulannya penyampai dan bahan yang digunakan oleh kedua-dua kumpulan ini sangat menarik perhatian saya dan juga dapat menarik minat saya untuk lebih mendalami sejarah mengenai muzik tradisional serta zikir ini.
Teruskan Membaca...
 

Blog Kump A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Setelah 14 minggu mengikuti kursus muzik tradisional malaysia,saya dapat membuat kesimpulan bahawa kuliah ini banyak...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    13 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris Pertamanya ...
    13 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    13 years ago

Blog Kump B

SMP 2252 Rifhan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template