Sunday, October 31, 2010

JURNAL REFLEKSI KE-14

Pada minggu ke 14 ini kami telah didedahkan mengenai tarian singa. Tarian singa ini terdiri daripada 2 jenis tarian iaitu tarian singa selatan dan juga tarian singa utara. Ia dapt dibezakan melalui warna kostum yang dipakai oleh singa tersebut. terdapat juga beberapa alat muzik yang terdapat di dalam tarian singa ini antaranya ialah Luo(gong)  Bo (simbal) Chebagu (gendang) ..dan seterusnya kami telah membuat ulang kaji mengenai beberapa tajuk yang telah dibentang oleh beberapa kumpulan.
Teruskan Membaca...

Minggu 13: Jurnal Refleksi

Jurnal refleksi minggu ni adalah refleksi untuk minggu kedua terakhir sebelum selesai sesi kuliah pada semester ini. Pada minggu ini, kami didedahkan dengan mengenai 'gendang 24 musim'. Sebelum ini saya tidak ada pengetahuan lansung mengenai gendang 24 musim ini dan ini merupakan pertama kali saya mendengar mengenai gendang 24 musim. secara langsung telah memberi saya pengetahuan dan ilmu mengenai gendang cina ini..
Teruskan Membaca...

Minggu 12: Jurnal Refleksi

Perbentangan pada minggu ke-12 ini adalah mengenai  Opera Cina dan Po Te Hi. ersembahan opera cina adalah merupakan lakonan yang berasaskan kepada sebuah cerita. Ianya terdiri daripada beberapa pelakon. pelakon-pelakon ini dibezakan dari segi warna lukisan pada muka mereka di mana setiap warna melambangkan sifat-sifat yang ada pada pelakon tersebut. Bagi po te hi pula, po te hi adalah sama dengan opera cina, tetapi ianya merupakan patung kecil yang digerakkan dengan menggunakan beberapa jari tangan. Seterusnya, perbentangan dari kumpulan bertajuk 'muzik Sabah dan Sarawak'. kami diperkenalkan mengenai sejarah muzik sabah dan sarawak jenis-jenis tarian sabah dan sarawak serta alat-alat muzik yang dimainkan di sabah dan juga sarawak..
Teruskan Membaca...

Minggu 11: Jurnal Refleksi

Dalam minggu ke 11 ini telah membincangkan mengenai ghazal iaitu ghazal Johor dan juga Ghazal Parti.ghazal Parti berbeza dengan ghazal Johor dari segi alat muzik, penari dan juga susunan muzik. Perkara yang jelas membezakan Ghazal Johor dan Ghazal Parti adalah dari segi penari di mana dapat dilihat bahawa Ghazal Johor tidak mempunyai penari berbanding Ghazal Parti yang mempunyai penari perempuan.  semasa pembentangan berlangsung, kelas muzik tradisional ini dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah dan juga guru-guru pengiring. Setelah selesai, sesi soal jawab berlangsung dan terbuka untuk pelajar muzik tradisional, pelajar-pelajar sekolah dan juga guru-guru pengiring
Teruskan Membaca...

Minggu 10: Jurnal Refleksi

Pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan tajuk Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli.
Bermula pada abad ke-2 masihi yang merupakan muzik tertua yang berkembang selepas berlakunya migrasi Bangsa Arya ke India pada 1500sm. Ia menjadi symbol kepada keagungan dan penghormatan selepas abad ke-20. Dipercayai bahawa muzik ini tercipta hasil pemujaan para dewa dewi. Alat muzik terbahagi kepada empat iaitu Tantrigad, Anandha, Sushir dan Ghan. Manakala muzik orang asli  menurut pembentang, terdapat pelbagai suku kaum. Muzik orang asli yang popular adalah tarian sewang di mana sewang ini bertujuan untuk menyembuhkan penyakit. terdapat dua bahagian dalam sewang ini, iaitu sewaktu ritual perubatan dijalankan dan juga selepas habis berubat. Semasa berubat, ia dijalankan selama 7 hari. Setelah penyakit berjaya disembuhkan, tarian sewang dijalankan. tarian sewang ini dilakukan dengan menari mengelilingi bulatan. Mereka akan berhenti bersewang untuk meminum arak dan kembali bersewang. alat-alat muzik yang digunakan oleh orang asli di mana kebanyakan alat muzik yang dimainkan adalah berasal dari buluh. ini kerana kehidupan mereka yang tinggal di hutan menyebabkan mereka mempergunakan sumber hutan yang ada. 
Teruskan Membaca...

Minggu 9: Jurnal Refleksi

Pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan dengan tajuk Ghazal dan Opera Cina. Terdapat dua jenis Ghazal yang terkenal di Malaysia iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti. Ghazal Johor terkenal dengan muzik tradisional asli manakala Ghazal Parti terkenal dengan elemen-elemen lawak, nyanyian dan tarian yang diselitkan ketika persembahan di utara tanah air terutamanya di Pulau Pinang dan Kedah. Terdapat beberapa masalah yang yang berlaku kerana info yang mereka berikan tidak begitu tepat. dan kumpulan yang kedua pula telah  membentangkan mengenai opera cina. Opera Cina adalah merupakan persembahan 'dialog berirama'. Ianya adalah persembahan dari kaum Cina. Terdapat pelbagai jenis opera mengikut kedudukan kawasan seperti opera Beijing, opera henan dan lain-lain lagi. Terdapat 4 watak dalam opera cina ini iaitu 'Sheng' iaitu lelaki, 'Dan' iaitu wanita, 'Jing' sebagai lelaki wajah berlukis dan 'Chou' sebagai pelawak lelaki. Dalam persembahan opera cina ini, antara alat yang telah digunakan adalah 'Jinghu' iaitu sebuah biola tajam kecil, 'yueqin' iaitu kecapi yang berbentuk lingkaran dan lain-lain lagi.
Teruskan Membaca...

MINGGU 8: JURNAL REFLEKSI

Boria adalah merupakan muzik jenis teater yang amat popular di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Sejarah asal boria adalah dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Di dalam persembahan boria, terdapat 2 bahagia atau segmen iaitu sketsa dan juga nyanyian. Pada kebiasaannya, seorang tukang karang akan membawa tongkat penunjuk dan akan menyanyi. Rangkap karangan boria dihujung sukatannya adalah sama setiap rangkap dan kisahnya adalah berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama secara solo sambil menggoyangkan tongkat dan Sailor (penari latar) akan menyahut rangkap pertama beramai-ramai. Kebiasaannya, tukang karang akan menyampaikan rangkap-rangkap yang mengandungi isi, mesej dan nasihat yang berkaitan dengan tema Boria itu dipersembahkan dan rangkap itu juga mestilah mempunyai perkaitan dengan apa yang dilakonkan dalam sketsa segmen pertama persembahan. Rangkap Boria diakhiri dengan ucapan terima kasih, pengunduran diri dan memohonkemaafan sekiranya persembahan mengentuh atau mengguris perasaan penonton.
Teruskan Membaca...
 

Blog Kump A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Setelah 14 minggu mengikuti kursus muzik tradisional malaysia,saya dapat membuat kesimpulan bahawa kuliah ini banyak...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    13 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris Pertamanya ...
    13 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    13 years ago

Blog Kump B

SMP 2252 Rifhan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template