Sunday, October 31, 2010

Minggu 10: Jurnal Refleksi

Pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan tajuk Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli.
Bermula pada abad ke-2 masihi yang merupakan muzik tertua yang berkembang selepas berlakunya migrasi Bangsa Arya ke India pada 1500sm. Ia menjadi symbol kepada keagungan dan penghormatan selepas abad ke-20. Dipercayai bahawa muzik ini tercipta hasil pemujaan para dewa dewi. Alat muzik terbahagi kepada empat iaitu Tantrigad, Anandha, Sushir dan Ghan. Manakala muzik orang asli  menurut pembentang, terdapat pelbagai suku kaum. Muzik orang asli yang popular adalah tarian sewang di mana sewang ini bertujuan untuk menyembuhkan penyakit. terdapat dua bahagian dalam sewang ini, iaitu sewaktu ritual perubatan dijalankan dan juga selepas habis berubat. Semasa berubat, ia dijalankan selama 7 hari. Setelah penyakit berjaya disembuhkan, tarian sewang dijalankan. tarian sewang ini dilakukan dengan menari mengelilingi bulatan. Mereka akan berhenti bersewang untuk meminum arak dan kembali bersewang. alat-alat muzik yang digunakan oleh orang asli di mana kebanyakan alat muzik yang dimainkan adalah berasal dari buluh. ini kerana kehidupan mereka yang tinggal di hutan menyebabkan mereka mempergunakan sumber hutan yang ada. 

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Kump A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Setelah 14 minggu mengikuti kursus muzik tradisional malaysia,saya dapat membuat kesimpulan bahawa kuliah ini banyak...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris Pertamanya ...
    14 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    14 years ago

Blog Kump B

SMP 2252 Rifhan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template