Minggu ini tajuk yang dikupas ialah Kompang dan Mak Yung. Objektif pada minggu ini ialah sejarah mak yung dan sejarah kompang, persembahan dan alat muzik makyung dan kompang serta muzik mak yung dan kompang dari segi melodi, bentuk, irama, tempo dan rentak. Pada pengenalan mak yung kami diterangkan mengenai kategori mak yung dari bentuk seni lakon sama seperti menora, mekmulung dan jikey. Makyung berasal dari Patani (Kerajaan Melayu Lama: Hikayat Patani) yang tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Sekitar 200 tahun dahulu, ia dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah di bawah Naungan Sultan Mohamad ke IV di Kampung Temenggung. Kota Bahru pula Tengku Temenggung Ghaffar yang bertanggungjawab di dalam sistem latihan, muzik dan kostum diperhalusi secara sistematik seterusnya bertukar dari Tradisi istana ke Tradisi rakyat (Folk Theater). Di Kelantan, Mak yung dianggap mempunyai asal usul terus dari Nabi Adam, keturunan manusia yang mula-mula melalui berbagai dewa, semangat atau wira. Keyakinan ini amat kukuh di Kelantan. OIeh itu, menyebabkan genre ini ditafsirkan dalam istilah-istilah yang simbolik dan mistik dan seringkali dipetik dari pengajaran Sufi. Alat muzik utama mak yung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali yang mengandungi tambahan alat: seperti serunai, geduk dan canai. Rebab memainkan melodi utama dalam kategori kordofon (Kelas kecil Lute) yang berbadan kayu berbentuk segi tiga, muka badan menggunkan kulit perut lembu, bonggol kecil dipanggil ‘susu’ diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi.
Bentuk dan struktur lagu-lagu Makyung ditentukan dalam sistem gongan (pusingan- jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong) yang dikawal oleh Tetawak dalam sistem gongan 8 bit, 16 bit, 32 bit. Iramanya pula menggunakan 4 timbre (pak, duh, cak, ting), gaya meningkah (interlocking) dan hampir semua lagu Makyung bertempo agak pelahan.
Teruskan Membaca...
Bentuk dan struktur lagu-lagu Makyung ditentukan dalam sistem gongan (pusingan- jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong) yang dikawal oleh Tetawak dalam sistem gongan 8 bit, 16 bit, 32 bit. Iramanya pula menggunakan 4 timbre (pak, duh, cak, ting), gaya meningkah (interlocking) dan hampir semua lagu Makyung bertempo agak pelahan.
kompang.
Kompang adalah merupakan permainan alat muzik tradisional masyarakat melayu. Kompang atau pun membranophone dimainkan oleh masyarakat melayu dalam majlis-majlis atau acara-acara tertentu. Kompang diperbuat daripada sekeping kulit (lembu atau kambing) yang dilekatkan menggunakan paku pada kayu yang telah dibentuk dalam bentuk bulat. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman kesultanan Melayu oleh pedagang India Muslim atau Jawa melalui pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan bersila, berdiri atau pun berarak mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain kompang akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan sebelah lagi tangan untuk memukulnya. Fungsi permainan kompang ialah untuk mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban). Ia juga digunakan untuk mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar.